Sunday, 24 September 2017
A+ R A-

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017

  • Category: News
  • Written by Super User
  • Hits: 399

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2016/2017 telah diadakan pada 10 Oktober 2016 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Kampus UniMAP Pauh Putra.

 

Seramai 33 orang Ahli Majlis Menerima Watikah Pelantikan daripada Naib Canselor Dato' Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Sementara itu, Yang Dipertua MPP UniMAP sesi 2016/2017 Nurhazwani Zabidin berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Beliau turut mengetuai barisan kepimpinan MPP itu membaca ikrar dan menandatangani akujanji yang kemudiannya diserahkan kepada Naib Canselor.

Nurhazwani turut menerima fail tugas yang disampaikan bekas Yang Dipertua MPP UniMAP sesi 2005/2006, Rio Iskandar.

Tahhiah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik!!