Friday, 22 September 2017
A+ R A-

Sesi Temu Mesra Jabatan HEPA bersama Pelajar Baru

  • Category: News
  • Written by Super User
  • Hits: 291

Satu Sesi Ramah Mesra Jabatan HEPA bersama pelajar-pelajar baru Sidang Akademik 2016/2017  telah diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis bersempena dengan Minggu Suaikenal MSK Pengambilan Ijazah. Sesi Ramah Mesra bersama Jabatan HEPA ini telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Dekan, Timbalan Dekan, dan Pegawai-Pegawai Jabatan HEPA. Slot ini mengambil masa selama Sejam bagi sesi memperkenalkan objektif, fungsi dan organisasi jabatan HEPA dalam Sesebuah Universiti.Taklimat tersebut disampaikan oleh Dekan Jabatan HEPA Prof. Madya Razli Ahmad dan disambung dengan Taklimat ringkas oleh Timbalan Naib Canselor HEPA Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad Sakdan.