Sunday, 19 November 2017
A+ R A-

Karnival IMT-GT ke-18 Rajamanggala University 2016

  • Category: News
  • Written by Super User
  • Hits: 432

Songkhla, Thailand – Pada 25 Julai 2016 sehingga 30 Julai 2016 yang lalu telah dianjurkan Karnival IMT-GT ke-18 2016 di Rajamanggala University of Technology Srivijaya (RMUTSV) Songkhla, Thailand. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sebagai pengisian utama kepada karnival yang dianjurkan pada setiap tahun dan sebanyak 12 universiti terdiri daripada 3 buah negara (Malaysia, Indonesia dan Thailand) telah turut serta. Bagi kontingen UniMAP pula, seramai 83 ahli terdiri daripada 27 staf dan 54 pelajar telah turut serta dalam karnival ini.

Karnival ini telah berlangsung dengan jayanya dan komitmen peserta adalah amat memuaskan dan kontingen UniMAP telah berjaya meningkatkan pencapaian secara keseluruhanya. Bagi pasukan Sukan UniMAP, secara keseluruhan telah mendapat tempat ke-5 dengan merangkul 2 perak dan 1 gangsa, begitu juga peserta dari kumpulan seminar UniMAP telah diiktiraf sebagai pembentang terbaik (pingat emas) bagi Kategori pembentangan kumpulan campuran. Tidak kurang hebatnya, kumpulan kebudayaan UniMAP telah dinobatkan sebagai kumpulan harapan – “Best Promising group”.

Selaku ketua kontinjen UniMAP, En.Suhizaz Sudin Pengarah Pusat Sukan telah melahirkan rasa terharu dengan komitment yang luar biasa terutamanya pelajar-pelajar UniMAP yang begitu komited mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi begitu juga kepada peserta seminar dan kebudayaan. Beliau berharap semangat ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada penganjuran pada tahun 2017 di Medan Indonesia. Karnival IMT-GT 2016 ini secara rasmi telah ditamatkan pada majlis penutup yang penuh gilang gemilang pada 30 Julai 2016 dan diserikan lagi dengan majlis simbolik penyerahan bendera IMT-GT kepada penganjur seterusnya pada 2017 akan datang.