Sunday, 19 November 2017
A+ R A-

Seminar Graduan Holistik 2017-Integriti Pemacu Graduan Holistik

  • Category: HEPA 2017
  • Written by Super User
  • Hits: 132

Seminar Graduan Holistik 2017-Integriti Pemacu Graduan Holistik

PULAU LANGKAWI 7 Mei – Seramai 104 pelajar terdiri dari 13 Universiti Awam, Kelab SPRM, Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Majlis Penghuni Kolej Kediaman dan Persatuan Pelajar Pusat Pengajian UniMAP telah hadir untuk mengikuti Seminar Graduan Holistik 2017 diadakan bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Pulau Langkawi bermula dari 5 hingga 7 Mei 2017. Seminar ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Biro Tatanegara (BTN).

 

YBhg. Datuk Hj Abd Halim Jusoh, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia berkata dalam perasmian seminar ini, majlis julung ini diadakan adalah untuk mengukuhkan nilai integriti dalam kalangan mahasiswa bagi melahirkan graduan seimbang. Disamping itu juga untuk melahirkan mahasiswa masa depan yang lebih berintegriti, membina jaringan sosial lebih meluas dan juga melahirkan minat keusahawanan sebagai kerjaya.

Ucaptama seminar ini telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada hari perasmian yang turut dihadiri oleh 500 orang pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi sekitar Pulau Langkawi dan Perlis. Penceramah jemputan terdiri dari Encik Ahmad Shukri Hj Adnan dari Biro Tatanegara, YBhg. Dato’ Ir Hj Ahmad Fitri Hj Othman selaku Mantan Yang Dipertua DPMM (Kedah) dan YBhg. Prof Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran, Naib Canselor UPSI.

Selain itu, perjalanan seminar ini diisi dengan debat secara langsung sejurus selepas sesi ceramah. Debat ini diwakili dari peserta UA seramai 4 orang setiap sesi debat. Akhir seminar ini satu rumusan dan resolusi seminar dibentangkan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP Prof. Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan. Seminar pada tahun ini ditutup dengan rasminya oleh YBhg. Dato’ Hj Abdul Samat Kasah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Resolusi peserta seminar kali ini adalah:

Kami peserta Seminar Graduan Holistik 2017 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Pulau Langkawi pada 5 – 7 Mei 2017, menyedari dan meletakkan kepedulian yang tinggi dan serius bahawa;

1.

Rasuah adalah musuh nombor satu Negara,

2.

Rasuah berupaya menjejaskan ekonomi Negara,

3.

Rasuah mampu merosakan sistem sosial masyarakat Malaysia dan,

4.

Rasuah boleh meruntuhkan Negara.

 Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab maka kami mengambil ketetapan mendesak kerajaan melaksanakan;

1.

Kesedaran Pendidikan berkaitan integriti/rasuah perlu bermula daripada peringkat awal lagi di setiap peringkat jenis sekolah di Malaysia.

2.

Mencadangkan supaya kakitangan awam/swasta menghadiri kursus integriti perkhidmatan setiap 5 tahun.

3.

Mewujudkan indeks integriti sector awam dan swasta di Malaysia.

4.

Memperkasakan peranan pegawai integriti di setiap jabatan.

5.

Menggiatkan peranan media massa dalam memerangi rasuah di samping mewujudkan cyber trooper mahasiswa dalam memerangi rasuah.

6.

Mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah rasuah daripada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

7.

Memasukkan silibus integriti dalam kursus-kursus di universiti.

8.

Mewajibkan ujian integriti kepada mereka yang bakal memasuki alam pekerjaan sama ada dalam sector awam dan swasta.

Oleh itu,Kami mahasiswa secara sukarela menawarkan diri sebagai SUKARELAWAN menjadi mata dan telinga kepada SPRM membantu memerangi rasuah demi memastikan Generasi Kami (TN 50) bebas rasuah.