Friday, 22 September 2017
A+ R A-

Pelajar UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis

  • Category: HEPA 2017
  • Written by Super User
  • Hits: 180

Wakil Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Syarahan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 30 September 2016.

Kumpulan UniMAP A yang diwakili empat peserta membawa pulang piala dan wang tunai RM 800 beserta sijil manakala Kumpulan UniMAP B pula menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500 serta sijil.Pengurus pasukan pantun UniMAP, Suhaidah Said berkata, penampilan sulung pasukan pantun UniMAP pada pertandingan itu merupakan pendedahan awal kepada para pelajar yang majoritinya dari jurusan kejuruteraan.


Peserta pantun UniMAP A adalah Muhamad Fadhil Azhari Abdul Wahab, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri), Muhammad Syahir Aimi Saiman serta Muhammad Aiman Hassin kedua-duanya pelajar Diploma Kejuruteraan Pembuatan. Manakala UniMAP B pula adalah Muhammad Ikhwan Shafiq Ramli, pelajar Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik, Syarifah Noor Anisah Tuan Baru, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dan Siti Nur Aishah Al-Hafizat Abdul Ghani, pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu.


Kesemua peserta adalah di bawah pimpinan guru Bahasa Melayu di Pusat Bahasa Antarabangsa (CIL) UniMAP iaitu Mohamad Zaki Abdul Halim serta Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim.Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis 2016 berkenaan adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P).