Friday, 22 September 2017
A+ R A-

Sekretariat FESTKON10 Mulakan Promosi

  • Category: HEPA 2017
  • Written by Super User
  • Hits: 297

 

Kangar, 18 Ogos – Jentera sekretariat Festival Konvokesyen (Festkon) ke – 10 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memulakan rangka promosi programnya apabila turut menyertai aktiviti senamrobik anjuran Media Prima Berhad sempena program Jelajah DramaSangat TV3 dan TV9 yang diadakan di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini, baru-baru ini.

 Menurut Pengarah Festkon10 Muhammad Ilyas Md Yusof, ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan program Festkon10 kepada umum.

“Selain bersenam, kehadiran kami di sini adalah untuk mendekati warga Perlis bagi memberi penjelasan mengenai program Festkon10 yang dijangka berlangsung bermula 16 hingga 21 September di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra.

“Edaran risalah Festkon10 dapat dijalankan dengan lebih mudah kerana rata-rata masyarakat yang hadir adalah dari serata pelusuk negeri Perlis,” katanya.

Objektif kita untuk menyampaikan maklumat mengenai Festkon10 dengan lebih cepat dan tepat tercapai dengan kehadiran masyarakat pada senamrobik tersebut.

Program Jelajah DramaSangat TV3 dan TV9 adalah program bagi mempromosikan drama-drama yang sedangkan ditayangkan di TV3 dan TV9.

Antara celebriti yang turut memeriahkan program tersebut adalah Izreen Izminda, Janna Nick, Syafie Naswip, Raja Ilya, Uqasha Senrose dan ramai lagi.