Sunday, 19 November 2017
A+ R A-

11,000 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima baucar buku 1 Malaysia (BB1M)

  • Category: HEPA 2017
  • Written by Super User
  • Hits: 414

Kangar, 13 Mac –  Seramai lebih 11,000 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima baucar buku 1 Malaysia (BB1M) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 2,862,500.Edaran baucar berkenaan dimulakan oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP apabila Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin menyampaikan replika baucar itu sebagai gimik pelancaran bermulanya edaran  kepada Yang Dipertua MPP, Farizah Abdul Rahman ketika Perjumpaan Mingguan Naib Canselor di Kubang Gajah, di sini, hari ini.

 

 Farizah berkata, BB1M ini sangat memberi manfaat kepada mereka sebagai pelajar kerana bebanan pelajar terhadap kos sara hidup yang meningkat dapat dikurangkan apabila mampu mendapatkan buku yang diperlukan menerusi baucar ini.“Bukan itu sahaja, menerusi baucar ini juga dapat meningkatkan minat kami terhadap bahan bacaan dan menjadi satu perkara wajib untuk membeli buku dengan memanfaatkan baucar ini.“Saya dan rakan-rakan berharap pada masa akan datang BB1M ini akan diteruskan selain jumlahnya dapat ditingkatkan kerana buku-buku rujukan terutama berkaitan kejuruteraan juga agak mahal pada masa kini,” katanya.

 

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyidin Yassin menerusi perutusan beliau mengenai BB1M melahhirkan rasa syukur kerana Program BB1M dapat diteruskan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian bahan-bahan bacaan berbentuk akedemik kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Katanya, perlaksanaan program ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa serta separa masa di IPT di negara ini dengan RM250 setiap seorang dan mula diagihkan secara berperingkat ke IPT bermula pertengahan Januari 2015 dan pengedaran kepada pelajar pada 2 Mac.

 

UniMAP menerima sebanyak 57,250 keping baucar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan 11,450 pelajarnya dan mula diedarkan kepada semua pelajar secara berperingkat mulai minggu hadapan mengikut pusat pengajian.