Sunday, 24 September 2017
A+ R A-

Timbalan Menteri KPM Lancar Program Berbasikal Jelajah Kampus UniMAP

  • Category: HEPA 2017
  • Written by Super User
  • Hits: 625

Kangar, 10 Mac – Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), P. Kamalanathan P. Panchanathan, baru-baru ini melancarkan Program Berbasikal Jelajah Kampus Universiti Malaysia Perlis di Pauh Putra.

 

Program yang berlangsung di Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman itu disertai lebih 50 buah basikal melibatkan para pelajar dan staf UniMAP.

P. Kamalanathan ketika menyampaikan ucapannya menyeru para pelajar agar mengekalkan gaya hidup sihat kerana badan yang sihat akan menyumbang kepada kecemerlangan akademik.


“Program yang dilaksanakan UniMAP ini merupakan langkah terbaik dalam memupuk minat para pelajar mengamalkan gaya hidup sihat. Suasana kampus UniMAP yang hijau dan semulajadi ini akan menyumbang kepada ketenangan jiwa seterusnya menyuntik semangat untuk belajar,”katanya.

Terdahulu, P. Kamalanathan turut menghadiri program dialog antara pemimpin pelajar berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (TSFP).

Turut hadir, Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP, Dr Hayati Ismail, Pengurus Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), KPM, Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan, Timbalan Nain Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, dan Prof Dr Abdul Hamid Adom, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP.

Sementara itu, Prof Dr Kamarudin berkata, beliau amat gembira kerana Timbalan Menteri KPM sudi hadir ke UniMAP.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan sudi hadir ke UniMAP. Walaupun dalam tempoh waktu yang singkat beliau sudi melawat di sekitar Perpustakaan TSFP serta kolej kediaman ketika melancarkan Program Berbasikal Jelajah Kampus UniMAP,”katanya.