Sunday, 24 September 2017
A+ R A-

Unit Displin & Pengurusan Acara

Fungsi Unit :

1.0 Displin & Tatatertib

- Bekerjasama dengan Unit Perundagan Jabatan Canselori, Jabatan Keselamatan, Pengurusan Kolej Kediaman Universiti
  serta pihak Pengurusan Universiti dalam hal ehwal yang melibatkan Displin dan Tatatertib Pelajar di Universiti Malaysia Perlis.
- Menjadi Ahli kepada Majlis Tatatertib dan Displin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM)
- Menjadi Sekretariat kepada Jawatankuasa Tatatertib pelajar Universiti (selain dari kesalahan akademik)
- Menganjurkan Bengkel berkaitan Peraturan dan Tatatertib Pelajar
- Menyelaras sesi taklimat berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan pindaan (2009) serta undang-undang
  berkaitan dengan pihak berkuasa tatatertib pelajar di Universiti semasa Minggu Suaikenal pelajar baru.
- Melakukan Semakan dan membuat penambahbaikan terhadap poster Penguatkuasaan Peraturan Pelajar seperti poster Etika Pakaian dan lain-lain.

2.0 Pengurusan Acara

- Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan di Jabatan HEPA dalam aspek Pengurusan dan Pengendalian Majlis serta Protokol.
- Menjalankan tugas sebagai Pengurus Majlis (Event Manager) atau Penyelaras (caretaker) bagi program-program anjuran jabatan.
- Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti aspek :
  - Penyediaan Aturcara dan Susun atur perjalanan Majlis
  - Pelaksanaan, Pengendalian Majlis dan Protokol
  - Pengacaraan Majlis dan Penghasilan Skrip/Teks Pengacara atau Pengerusi Majlis.
- Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berbakat dalam Pengacaraan Majlis melalui sesi pencarian bakat (Minggu Suaikenal)
-Merancang dan Melaksanakan Kursus-Kursus kepada pelajar atau staf Jabatan berkaitan 
  - Pengurusan,Pengendalian Majlis dan Protokol.