Sunday, 19 November 2017
A+ R A-

Unit Pengurusan Sukan

Fungsi

  • - Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah diberi mandat dan bertanggungjawab untuk mengelola, menganjur, mengawalselia
  •   Program Sukan dan Rekreasi kepada pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
  • - Sebagai satu unit yang berorientasikan kecergasan dan kesihatan minda, beberapa program disusun bagi membolehkan
  •   para pelajar sebagai pengguna utama menggunakan kesempatan diluar waktu kuliah untuk memanfaatkan aktiviti sukan dan beriadah.-
  • - Unit Pengurusan Sukan UniMAP juga memberikan tumpuan dan keutamaan kepada program yang berbentuk sukan elit sebagaimana penyertaan
  •   di dalam aktiviti anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan lain-lain aktiviti diperingkat tertinggi.

Peranan

  • - Bertanggungjawab dalam mengurus serta mengelola segala aktiviti sukan dan rekreasi pelajar. 
  • - Merancang program pembangunan dan penggalakan sukan untuk menarik lebih ramai penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan rekreasi. 
  • - Memberi perkhidmatan dari segi pengelolaan, pengurusan sukan dan khidmat nasihat dalam melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi. 
  • - Meningkatkan prestasi sukan UniMAP ke peringkat tertinggi. 
  • - Mengurus serta menyelenggara kemudahan dan peralatan sukan. 
  • - Memupuk dan membina masyarakat kampus yang sihat, cergas, bertanggungjawab dan berwibawa dari segi fizikal dan mental. 
  • - Memperkenalkan UniMAP dimata masyarakat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.