Sunday, 19 November 2017
A+ R A-

Unit Aktiviti & Kemahiran Insaniah

  • Peranan & Fungsi

    • Untuk menyelaras, memantau dan memberi bimbingan dalam aktiviti bepersatuan dan pelaksanaan aktiviti pelajar agar selaras dengan aspirasi UniMAP dan prosedur yang ditetapkan dalam AUKU 1970 dan Perlembagaan UniMAP.
    • Memupuk ciri-ciri kepimpinan dan perasaan tanggungjawab di kalangan pelajar dengan memberi galakan kepada pelajar menganjurkan projek di samping memperolehi pengalaman mentadbir dan mengelola kegiatan-kegiatan bepersatuan.
    • Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan pelajar yang menekankan aspek pembangunan diri di kalangan pelajar melalui aktiviti dan kegiatan bepersatuan pelajar.
    • Menyelaras, menyelia, menggerak, membimbing, menyemak dan memberi  panduan mengenai kertas kerja permohonan aktiviti bepersatuan, permohonan  kewangan dan pelaksanaan aktiviti bepersatuan