Sunday, 19 November 2017
A+ R A-

Mengenai Kami

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & ALUMNI (HEPA) merupakan antara Jabatan yang terpenting di sesebuah Universiti. Jabatan ini beroperasi di Lot 19,21,23,25,Taman Bukit Kubu Baru,Jalan Sarawak,Kuala Perlis. Hasrat dan matlamat utama jabatan ini adalah membantu dalam usaha mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa kepada para pelajar sepanjang pembelajaran dan kehidupan di UniMAP.

Secara umumnya Jabatan hal Ehwal Pelajar & Alumni,Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Dekan  dan dibantu oleh seorang Timbalan Dekan. Urusan pentadbiran jabatan ini pula diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pendaftar (KPP) dan dibantu oleh kakitangan dari kumpulan Pengurusan dan kumpulan sokongan yang jumlahnya sehingga kini seramai  46 orang.

Atas kesedaran untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa kepada para pelajar sepanjang mengikuti pengajian UniMAP,Jabatan ini memainkan peranannya dengan memberikan perkhidmatan dalam hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal dan pembangunan pelajar di UniMAP yang meliputi:

  1. Kebajikan Pelajar
  2. Kelab & Persatuan Pelajar
  3. Peruntukan kewangan bagi pelaksanaan aktiviti pelajar
  4. Aktiviti Sukan & Rekreasi
  5. Aktiviti Kebudayaan & Kesenian
  6. Program Latihan & Pembangunan Pelajar
  7. Penerapan Nilai Kemahiran Insaniah (KI)
  8. Khidmat Sokongan Akademik
  9. Rangkaian Alumni & kesukarelawanan

Terkini, jabatan ini mempunyai 10 unit yang beroperasi dengan matlamatnya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar UniMAP disamping manganjurkan aktiviti-aktiviti dan program -program di peringkat Pusat-Pusat Pengajian Jabatan dan Universiti.Unit-unit yang ada di jabatan ini adalah: 

  • Unit Pentadbiran & Inventori
  • Unit Pentadbiran,ICT & Dokumentasi
  • Unit Aktiviti Pelajar & Kemahiran Insaniah
  • Unit Latihan & Pembangunan Pelajar
  • Unit Kebudayaan & Kesenian & Bakat
  • Unit Kebajikan
  • Unit Pengurusan Sukan
  • Unit Perhubungan Alumni & kesukarelawanan
  • Unit Inovasi & Antarabangsa