Sunday, 19 November 2017
A+ R A-
Filter
  • Lawatan Industri Unit Pembangunan Alumni HEPA ke Siltera Kulim Hi-Tech & B Braun (2)

    Selaras dengan usaha mendapatkan alumni-alumni UniMAP yang bekerja di Industri-industri besar khususnya di kawasan utara seperti Pulau Pinang dan Kedah, pihak Unit Pembangunan Alumni UniMAP dengan kerjasama pihak Anjung UniMAP Kulim bersama-sama merancang untuk ke beberapa industri terpilih bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai alumni-alumni UniMAP. Antaranya lawatan ke industri ke Siltera Kulim Hi-Tech yang diadakan pada 26 Januari 2016. Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Ummi Naiemah Saraih, Timbalan Dekan Unit Pembangunan Alumni UniMAP bersama-sama En. Nurakmal Ramli, Cik Nor Syazwani Mohd Radzi, En. Hafifi Hamdan. Penyelaras Anjung UniMAP Kulim, En Mohamed Hanafiah Baharuddin dan Puan Iswani Suriati Ishak turut menyertai program ini. Kunjungan kami telah disambut oleh pegawai Bahagian Latihan dan Sumber Manusia Siltera iaitu Puan Sheila dan Cik Presilla.

     

    Di dalam perbincangan tersebut, kami dimaklumkan bahawa pihak Siltera amat serius dalam pengambilan setiap tahun khususnya graduan dari lepasan UniMAP bermula sejak graduan pertama tahun 2006 semasa UniMAP dikenali sebagai KUKUM.Kebanyakan graduan UniMAP yang ditawarkan bekerja di Siltera adalah dari bidang pengajian fotonik, mikroelektronik dan komputer dan perhubungan dan setakat ini jumlah bekas alumni UniMAP yang berkhidmat di Siltera adalah lebih daripada 50 orang. Malah pihak Siltera juga akan membantu Unit Pembangunan Alumni UniMAP dalam usaha mendapatkan beberapa maklumat penting khususnya seperti nombor telefon peribadi terkini, emel, jawatan terkini serta tahun berkhidmat sebagai staf di Siltera serta mempromosi aktiviti-aktiviti terdekat khususnya bagi tahun 2016 yang akan dijalankan oleh UniMAP untuk alumni-alumninya.

     

    Seterusnya, Lanjutan daripada lawatan Unit Pembangunan Alumni UniMAP ke Siltera Kulim Hi-Tech pada 26 Januari 2016, seterusnya pada 1 Februari 2016 lawatan ini diteruskan di B.Braun Medical Industries Sdn Bhd di Pulau Pinang yang juga merupakan usaha bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai alumni-alumni UniMAP di industri terbabit. Seperti biasa lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Ummi Naiemah Saraih, bersama-sama En. Nurakmal Ramli, Cik Nor Syazwani Mohd Radzi, En. Hafifi Hamdan, En. Rosidi Mat Daud dan seorang wakil dari Anjung UniMAP Kulim 

     

     

     

     

     

     

     

  • PROGRAM LAWATAN KERJA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) (2)

    Pada 3 Februari 2016, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  telah menerima lawatan kerja dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan kerja ini diadakan bagi mendapatkan maklumat tentang aktiviti keusahawanan dan membuat lawatan sekitar Kampus di UniMAP.Pihak delegasi USIM terdiri daripada 26 orang dan diketuai sendiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor USIM iaitu Dato’Prof. Dr. Musa Ahmaddan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti , barisan Dekan serta pegawai tadbir USIM.

  • Misi Sukarelawan Antarabangsa Maskum UniMAP- Thaksin Universiti 2016

    SATUN, Thailand 24 Jan. – Kehadiran 40 orang Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UniMAP di sambut dengan tangan terbuka oleh penduduk 2 buah kampung di Daerah Satun, Thailand, iaitu Ban Kelubee dan Ban Khuan. Kehadiran pelajar UniMAP di dalam Misi Sukarelawan Antarabangsa MASKUM UniMAP – Thaksin University 2016 yang turut disertai oleh 20 orang sukarelawan dari Thaksin University, Thailand dengan misi memartabatkan Bahasa Melayu kepada anak-anak kecil di daerah berkenaan dengan Tema : “ Pendidikan Bahasa Teras Perpaduan Ummah, Membangun Komuniti ASEAN. “