Sunday, 24 September 2017
A+ R A-
Filter
  • UniMAP Lancar Tabung Bencana Kebakaran Tawau (2)

    Arau, 4 Julai – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyatakan keprihatinannya terhadap tragedy kebakaran yang menimpa lebih 250 rumah setinggan di Tawau, Sabah dengan melancarkan melancarkan Tabung Bencana Kebakaran hari ini.

    Naib Canselornya, Dato’ Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, inisiatif tersebut diambil apabila memikirkan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk tersebut susulan kejadian itu yang berlaku di saat Umat Islam masih dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri.

  • Seminar Graduan Holistik 2017-Integriti Pemacu Graduan Holistik (2)

    Seminar Graduan Holistik 2017-Integriti Pemacu Graduan Holistik

    PULAU LANGKAWI 7 Mei – Seramai 104 pelajar terdiri dari 13 Universiti Awam, Kelab SPRM, Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Majlis Penghuni Kolej Kediaman dan Persatuan Pelajar Pusat Pengajian UniMAP telah hadir untuk mengikuti Seminar Graduan Holistik 2017 diadakan bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Pulau Langkawi bermula dari 5 hingga 7 Mei 2017. Seminar ini adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Biro Tatanegara (BTN).

  • Pelajar Perlu Aktif Dalam Bidang Sukarelawan Dan USR

    ALOR SETAR, 20 November – Penglibatan pelajar dalam bidang ko-kurikulum diharap mampu merealisasikan hasrat universiti untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan yang mampu mendokong pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR).

  • UniMAP Gerak Misi Ops Banjir Pantai Timur Fasa 1 Ke Kelantan

    Kangar , 26 Januari  –Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggerakkan misi Ops Banjir Pantai Timur Fasa 1 bagi tahun ini ke Kelantan dalam usaha membantu proses pembersihan kawasan banjir di beberapa kawasan yang terjejas.

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan berkata seramai 35 sukarelawan yang terdiri daripada 20 lelaki dan 15 perempuan terlibat bagi melaksanakan misi berkenaan.

    Menurutnya, mereka ditempatkan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dan bakal menumpukan usaha pembersihan di tiga lokasi pemindahan banjir sementara bermula 24 hingga 27 Januari ini.

    “Antara lokasi berkenaan ialah Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Pasir Puteh, pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Canggai dan di SK Wakaf Raja.

    “Pengisian aktiviti misi kali ini adalah membersihkan dan mencuci pejabat JKM Pasir Puteh termasuk dua pusat pemindahan ini selain menganjurkan aktiviti bersama kanak-kanak mangsa banjir seperti mewarna, tarian  serta gotong-royong memasak bersama Anggota Perkhidmatan Awam (APM) serta JKM,” kata beliau ketika dihubungi, hari ini.

    Mohd Foad berkata UniMAP turut mendapat kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA UniMAP, Jabatan HEPA UniMAP, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2016/17 serta Kelab Sukarelawan UniMAPselain kerjasama HEPA USM, JKM Pasir Puteh dan APM Kelantan.

    Katanya, selain bantuan membersihkan kawasan yang terjejas itu UniMAP juga mengadakan sesi perkongsian, motivasi serta interaksi bersama mangsa-mangsa banjir dalam usaha mengurangkan tekanan kepada mereka.

    UniMAP turut menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan kepada JKM dan APM bagi memberi sokongan serta melancarkan usaha agensi terbabit dalam membantu mangsa banjir,” katanya.

    Untuk rekod, pada Januari tahun lalu UniMAP menggerakkan misi bantuan pasca banjir dengan membabitkan 2000 sukarelawan pelajar dan kakitangan UniMAP sendiri melibatkan tujuh fasa bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

     

     

     

  • 30 Pelajar Cemerlang Terima Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman

    Kangar, 13 Disember 2016 –  Seramai 30 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terpilih menerima Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPYTAR) selepas berjaya dalam sesi temuduga yang dikendalikan baru-baru ini.

    Naib Canselor UniMAPDato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, selain melalui proses temuduga, pemilihan pelajar-pelajar itu juga adalah dari kalangan pelajar yang dikenalpasti benar-benar dalam kategori kurang berkemampuan.

    “Selain daripada itu, kita juga turut menilai prestasi akademik pelajar serta memiliki semangat juang yang tinggi untuk berjaya berdasarkan ‘pointer’ cemerlang yang mereka perolehi setiap semester.

    “Setiap pelajar yang terpilih ini menerima sumbangan sebanyak RM3,000 setiap seorang dan saya amat berharap pelajar-pelajar yang telah terpilih ini dapat memanfaatkan sumbangan ini sebaik-baiknya,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Zakat  BPYTAR di Dewan Keikhlasan, di sini, hari ini.

    Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan dan Dekan HEPA Prof Madya Razli Ahmad.

    Menurut Zul Azhar, pihak UniMAP berbesar hati di atas sumbangan dan peruntukan yang disediakan oleh pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman dengan jumlah keseluruhan peruntukan ialah RM90,000.

    “Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yayasan di atas keprihatinan menyalurkan zakat ini untuk membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka.

    “Malah, Pihak UniMAP juga turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada tiga pelajar yang rumah keluarga mereka musnah dijilat api beberapa bulan yang lalu,” kata beliau.

     

     

     

  • Pelajar UniMAP Raih Tempat Ketiga Pesta Pantun Terbuka Perlis

    Wakil Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Syarahan Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada 30 September 2016.

  • Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017 (2)

    Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2016/2017 telah diadakan pada 10 Oktober 2016 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Kampus UniMAP Pauh Putra.

  • 122 Pelajar Dirai Sempena Majlis Anugerah Gemilang Siswa (AGS) 2015 (2)

    Pauh Putra,1 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan 122 pelajar yang banyak memberi sumbangan kepada universiti itu sepanjang tahun lalu di Majlis Anugerah Gemilang Siswa (AGS) 2015, di sini, hari ini.

    Majlis yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan.

    Menurut Dr Mohd Foad, AGS dianjurkan sebagai inisiatif UniMAP bagi menghargai usaha keras dan sokongan padu pelajar-pelajarnya yang turut sama mendukung misi dan visi universiti.

    “Pihak pengurusan percaya, tanpa adanya sokongan dan kejayaan yang diraih pelajar samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, adalah mustahil UniMAP berada di kedudukan sekarang.

    “Di samping itu, penghargaan yang diberikan ini adalah dengan hasrat menjadi pendorong dan pemangkin kepada individu-individu lain untuk sama-sama bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti,” kata beliau ketika berucap merasmikan AGS 2015 berkenaan.

    Hadir sama ke majlis itu ialah Pendaftar UniMAP, Zuber Haji Mohamad dan Dekan HEPA UniMAP, Prof Madya Razli Ahmad.

    Menurut Dr Mohd Foad, sebanyak 36 anugerah dengan lapan kategori disediakan pada AGS 2015 ini termasuk satu anugerah baru diperkenalkan iaitu Anugerah Keusahawanan Khas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

    “ Anugerah ini adalah salah satu usaha pihak kementerian dan U  niMAP sendiri bagi menggalakkan dan melahirkan pelajar yang berpotensi menjadi usahawan yang berjaya serta mampu meningkatkan ekonomi negara.

    “Ia diberikan kepada pelajar terpilih dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjalankan perniagaan atau aktiviti keusahawanan semasa tempoh mengikuti pengajian di universiti,” kata beliau.

    Sementara itu, bagi Anugerah Utama AGS 2015 iaitu Anugerah Tokoh Terbilang diraih oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2014/2015, Farizah Abdul Rahman di atas sumbangan beliau ketika mengetuai kepemimpinan MPP UniMAP sebelum ini.

     

     

     

  • Pertandingan Tarian, Kebaya Tradisional

    Kangar,1 Mac – Bertemakan Melestarikan Tarian Tradisional Perlis, Pusat Kajian Istitusi Raja Malaysia (PKIRM) bersama Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Pertandingan Tarian Tradisional di Bawah Pemerintahan Diraja Perlis, di sini, hari ini.

  • Lawatan Industri Unit Pembangunan Alumni HEPA ke Siltera Kulim Hi-Tech & B Braun (2)

    Selaras dengan usaha mendapatkan alumni-alumni UniMAP yang bekerja di Industri-industri besar khususnya di kawasan utara seperti Pulau Pinang dan Kedah, pihak Unit Pembangunan Alumni UniMAP dengan kerjasama pihak Anjung UniMAP Kulim bersama-sama merancang untuk ke beberapa industri terpilih bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai alumni-alumni UniMAP. Antaranya lawatan ke industri ke Siltera Kulim Hi-Tech yang diadakan pada 26 Januari 2016. Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Ummi Naiemah Saraih, Timbalan Dekan Unit Pembangunan Alumni UniMAP bersama-sama En. Nurakmal Ramli, Cik Nor Syazwani Mohd Radzi, En. Hafifi Hamdan. Penyelaras Anjung UniMAP Kulim, En Mohamed Hanafiah Baharuddin dan Puan Iswani Suriati Ishak turut menyertai program ini. Kunjungan kami telah disambut oleh pegawai Bahagian Latihan dan Sumber Manusia Siltera iaitu Puan Sheila dan Cik Presilla.

     

    Di dalam perbincangan tersebut, kami dimaklumkan bahawa pihak Siltera amat serius dalam pengambilan setiap tahun khususnya graduan dari lepasan UniMAP bermula sejak graduan pertama tahun 2006 semasa UniMAP dikenali sebagai KUKUM.Kebanyakan graduan UniMAP yang ditawarkan bekerja di Siltera adalah dari bidang pengajian fotonik, mikroelektronik dan komputer dan perhubungan dan setakat ini jumlah bekas alumni UniMAP yang berkhidmat di Siltera adalah lebih daripada 50 orang. Malah pihak Siltera juga akan membantu Unit Pembangunan Alumni UniMAP dalam usaha mendapatkan beberapa maklumat penting khususnya seperti nombor telefon peribadi terkini, emel, jawatan terkini serta tahun berkhidmat sebagai staf di Siltera serta mempromosi aktiviti-aktiviti terdekat khususnya bagi tahun 2016 yang akan dijalankan oleh UniMAP untuk alumni-alumninya.

     

    Seterusnya, Lanjutan daripada lawatan Unit Pembangunan Alumni UniMAP ke Siltera Kulim Hi-Tech pada 26 Januari 2016, seterusnya pada 1 Februari 2016 lawatan ini diteruskan di B.Braun Medical Industries Sdn Bhd di Pulau Pinang yang juga merupakan usaha bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai alumni-alumni UniMAP di industri terbabit. Seperti biasa lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Ummi Naiemah Saraih, bersama-sama En. Nurakmal Ramli, Cik Nor Syazwani Mohd Radzi, En. Hafifi Hamdan, En. Rosidi Mat Daud dan seorang wakil dari Anjung UniMAP Kulim 

     

     

     

     

     

     

     

  • PROGRAM LAWATAN KERJA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) (2)

    Pada 3 Februari 2016, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  telah menerima lawatan kerja dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan kerja ini diadakan bagi mendapatkan maklumat tentang aktiviti keusahawanan dan membuat lawatan sekitar Kampus di UniMAP.Pihak delegasi USIM terdiri daripada 26 orang dan diketuai sendiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor USIM iaitu Dato’Prof. Dr. Musa Ahmaddan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti , barisan Dekan serta pegawai tadbir USIM.

  • Misi Sukarelawan Antarabangsa Maskum UniMAP- Thaksin Universiti 2016

    SATUN, Thailand 24 Jan. – Kehadiran 40 orang Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UniMAP di sambut dengan tangan terbuka oleh penduduk 2 buah kampung di Daerah Satun, Thailand, iaitu Ban Kelubee dan Ban Khuan. Kehadiran pelajar UniMAP di dalam Misi Sukarelawan Antarabangsa MASKUM UniMAP – Thaksin University 2016 yang turut disertai oleh 20 orang sukarelawan dari Thaksin University, Thailand dengan misi memartabatkan Bahasa Melayu kepada anak-anak kecil di daerah berkenaan dengan Tema : “ Pendidikan Bahasa Teras Perpaduan Ummah, Membangun Komuniti ASEAN. “

  • Program Penanda Aras Unit Pembangunan Alumni, JHEPA, UniMAP ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaya (UM) (14)

    Pada 30 November 2015, Unit Pembangunan Alumni, Jabatan HEPA (JHEPA), UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Dekan (Pembangunan Alumni), Dr. Ummi Naiemah Saraih bersama staf di JHEPA telah mengadakan satu Program Penanda Aras di dua buah Universiti Awam (UA) terpilih iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di Melaka dan Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur.  Selain bertujuan untuk membina hubungan yang baik antara universiti di samping berkongsi pengalaman dalam mengendalikan aktiviti berkaitan alumni, program ini merupakan suatu inisiatif awal dalam usaha Unit Pembangunan Alumni memperkemaskan tadbir urus Unit Pembangunan Alumni di JHEPA.

  • Program Jelajah Alumni 2.0 : Dari Perlis Ke Vietnam (2)


    Pada 10hb sehingga 15hb November 2015, Persatuan Alumni UniMAP telah mengadakan Program Jelajah Alumni UniMAP di Vitenam. Tujuan jelajah ini adalah rentetan Jelajah Ramdhan Alumni pada Julai 2015 lepas. Objektif jelajah ini adalah untuk mempromosikan Alumni UniMAP di luar Negara selain menjadi tarikan kepada alumni-alumni UniMAP untuk menyertai aktiviti Persatuan Alumni selepas ini.

  • PROGRAM KAYUHAN MAIPs PEDULI KALI KE-100 DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS MENYANTUNI GOLONGAN ASNAF BERSAMA ALUMNI UniMAP

    Pada 22 November 2015, Persatuan Alumni UniMAP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP telah bekerjasama dengan Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan pihak Utusan Melayu sebagai penganjur bersama dalam Kayuhan MAIPs Peduli Kali Ke-100 DYTM Tuanku Raja Muda Perls Menyantuni Golongan Asnaf. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs mengetuai progam itu dengan mengayuh basikal bersama para pemimpin dan ketua-ketua jabatan negeri bertemu rakyat di serata kampung. Kayuhan kali ke-100 ini turut disertai 67 peserta bermula di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail dan berakhir di Masjid Alwi di Kangar iaitu tempat berlangsung Perkampungan Sunnah Siri Kedua 2015.

  • Ulang Tahun Ke-10 Logo FestKon UniMAP Berwajah Baharu (2)


    ARAU 12 September – Sempena dengan Festival Konvokesyen (FestKon) Ke-10 kali ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kali akan menggunakan logo baharu sebagai simbolik pesta itu telah dilangsungkan selama sedekad.

    Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, logo baharu pada FestKon tahun ini melambangkan kecemerlanganUniMAP bukan sahaja dari segi akademik tetapi merangkumi aspek kokurikulum.

  • Ulang Tahun Ke-10 Logo FestKon UniMAP Berwajah Baharu

    ARAU 12 September – Sempena dengan Festival Konvokesyen (FestKon) Ke-10 kali ini, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kali akan menggunakan logo baharu sebagai simbolik pesta itu telah dilangsungkan selama sedekad.

  • Malam Ramah Mesra Meriah Dengan Keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis

     PAUH PUTRA (ARAU), 1 Sept (Bernama) -- Perkembangan teknologi yang memudahkan segala isu dan perkara dibincangkan secara terbuka bukanlah 'lesen' atau alasan untuk golongan mahasiswa khususnya, melanggar kebebasan demokrasi.

  • Majlis Sambutan Siswa Siswi Sidang Akademik 2015/2016

    Arau, 3 Sept – Para pelajar yang baru mendaftar bagi mengikuti pengajian sesi akademik 2015/2016 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu menanamkan semangat cinta dan sayangkan UniMAP bukan sahaja sepanjang tempoh pengajian sebaliknya sehingga bergelar Alumni.

  • Majlis Sambutan Siswa Siswi Pelajar Baru Pengambilan Diploma

    Arau, 5 Jun – Seramai 344 pelajar baharu Diploma Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengangkat sumpah dan menyerahkan borang akujanji sebagai warga universiti tersebut di Kompleks Dewan Kuliah UniMAP di Pauh Putra di sini, baru-baru ini.

  • Pelajar Baru Pengambilan Diploma Mendaftar di UniMAP

    Padang Besar, 1 Jun - Seramai 350 pelajar baru mulai mendaftar hari ini di Kampus Uniciti Uniciti Alam Sungai Chuchuh bagi mengikuti program pengajian peringkat Diploma di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi Sidang Akademik 2015/2016.

  • Majlis Anugerah Gemilang Siswa (AGS) 2014

    Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah menganjurkan Majlis Anugerah Gemilang Siswa 2014 pada 01 April 2015 bertempat di Dewan Kapitol Kangar, Perlis. Majlis Anugerah Gemilang Siswa 2014 ini diadakan bagi menghargai pencapaian mahasiswa yang aktif serta berjaya dalam menaikkan nama UniMAP di peringkat Negeri,Kebangsaan mahupun Antarabangsa dalam pelbagai bidang kecemerlangan seperti Sukan, Kebudayaan, Kesukarelawan, Kepimpinan, Akademik,Penyelidikan & Inovasi.

  • 1,440 Peserta InoS1m UniMAP Berbakti Bantu Misi Pasca Banjir

    Pauh Putra, 18 Januari – Seramai 1,440 mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) digerakkan sebagai sukarelawan pasca banjir menerusi program Inovasi Sosial 1 Malaysia (InoS1M) di empat buah negeri yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini.

  • Pilihanraya Kampus UniMAP Berjalan Lancar

    10 Disember  2014. Pauh Putra – Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), bagi memilih 31 calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan.

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan yang ditemui selepas mengumumkan pengumuman keputusan PRK berkata, proses pemilihan kali ini berjalan lancar dengan 31 kerusi dipertandingkan.

  • Majlis Penyerahan Watikah Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015

     ALOR SETAR, 20 Disember  2014 (Bernama) - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu bersifat proaktif dan projektif dalam melaksanakan program yang melibatkan mahasiswa universiti itu supaya ia memberi impak dan hala tuju yang jelas.

  • Majlis Penutup Festival Konvokesyen Kali Ke-9 UniMAP

    PAUH PUTRA, 28 September - Kira-kira 3,000 pengunjung memeriahkan Majlis Penutup Festival Konvokesyen (FESTKON) 9 yang berlangsung di Perkarangan Dataran Boulevard, Kampus Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini semalam.FESTKON 9 yang berlangsung selama enam hari itu dianjurkan bersempena Istiadat Konvokesyen ke-9 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 27 dan 28 September lalu.

    Naib Canselor UniMAP, Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, berkata, FESTKON merupakan satu program yang lazimnya diadakan sebagai meraikan bakal graduan UniMAP setiap tahun.“Saya merasa amat berbangga dengan pencapaian mahasiswa UniMAP kerana telah berjaya menguruskan penganjuran Festival Konvokesyen kali ke-9 ini.“Bertemakan “Berminda Usahawan, Berjiwa Ilmuan”, FESTKON kali ini mempunyai pengisian yang mendalam untuk mendidik mahasiswa agar menjadi lebih proaktif dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat dalam bidang perniagaan, “katanya ketika berucap pada penutup FESTKON 9.

    Turut Hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.Pada majlis itu juga, Pengerusi Eksekutif FESTKON 9, Ahmad Ashraf Abdul Halim, turut menyerahkan buku hasil nukilan sekretariat FESTKON 9 bertajuk “Bapa Inovasi: Menelusuri Kejayaan Datuk Kamarudin Hussin” kepada Datuk Kamarudin sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Naib Canselor itu.

     

     

     

     

     

     

  • HEPA anjurkan Festival Konvokesyen Kali Ke-8 (2)

    KANGAR, 17 Sept (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu golongan mahasiswa sentiasa seiringan menjayakan program transformasi kerajaan.

    Baginda bertitah idea intelektual yang dicetuskan mahasiswa mampu membantu mencorak negara ke arah yang lebih membanggakan di masa hadapan.

    Bertitah merasmikan Festival Konvokesyen ke-8 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta sambutan Hari Malaysia peringkat universiti itu di sini malam ini, baginda berharap golongan mahasiswa perlu lebih aktif menyumbangkan pelbagai idea bernas serta inovasi baharu ke arah pembangunan negara, bangsa dan agama.

    Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah mahasiswa juga sentiasa berhadapan dengan cabaran di luar jangkaan dan ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk maju ke hadapan.

    "Jadikanlah cabaran itu sebagai satu semangat untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih, melakukan yang terbaik terhadap diri serta masyarakat," titah baginda.

    Raja Muda Perlis turut mahukan golongan mahasiswa peka terhadap isu semasa yang melibatkan kepentingan mereka dan masyarakat luar kampus.

    "Anda perlu berfikir dan tahu bagaimana cara untuk menyuarakan pandangan secara rasional, berhemah dan bertanggungjawab," titah baginda.

    Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

    Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Prof. Emeritius Dr. Zainai Haji Mehammed dan Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

    Festival konvokesyen bertemakan 'Bersama Memacu Transformasi' yang akan berlangsung sehingga 22 Sept ini berlangsung di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini.

     

     

     

  • Mahasiswa USIM Juara Pidato Dakwah Belia Islam (13)

    ARAU, 25 Okt (Bernama) -- Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Siti Suhailah Shaharuddin menjuarai Pertandingan Pidato Dakwah Belia Islam Piala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


    Pelajar tahun dua Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Pengajian Fiqh dan Taqwa menewaskan enam peserta lain pada peringkat akhir di Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

    Siti Suhailah, 22, yang berpidato 'Belia Islam Agen Transformasi Ummah' berkata beliau tidak menjangka menang memandangkan persaingan hebat oleh para peserta.

    "Alhamdulillah... ini rezeki saya," kata pelajar itu semasa ditemui selepas menerima hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan dan sijil daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

    Siti Suhailah berkata beliau juga berhasrat menyertai progam realiti Islamik Da'i-Pendakwah Milenia.

    Tempat kedua disandang oleh mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Nurul Afifah Mohd Salleh dan ketiga, mahasiswa USIM, Irfan Mohd Fairus.

    Othman yang ditemui pemberita selepas pertandingan itu berkata pertandingan pidato itu bertemakan 'Belia Islam Agen Transformasi Ummah' adalah julung kali diadakan untuk melahirkan pendakwah-pendakwah muda dalam kalangan belia.

    "Program ini yang berteraskan pembinaan kepimpinan bertaqwa, berkredibiliti dan berkarisma akan diteruskan," katanya.

    Beliau berkata lebih banyak program untuk menyemarakkan dakwah Islamiah di kampus akan dilaksanakan bagi menangani gejala sosial di kampus selain mendapatkan pandangan generasi muda mengenai hal-hal masyarakat.

    Othman berkata golongan belia merupakan aset terpenting negara kerana mereka bakal memikul tanggungjawab dan meneruskan proses pengembangan dakwah, pembangunan ummah dan modal insan.

    Pertandingan dianjurkan oleh JAKIM bersama UniMAP, Yayasan Taqwa, Institut Wasatiyyah, iM4U dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).

    -- BERNAMA

     

     

    Pidato

    Pidato

     

     

     

  • Raih Kelulusan Pensijilan Tertinggi 1 CiTiZEN (17)

    Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dinobatkan penerima anugerah Kelulusan Pensijilan Tertinggi program CiTiZEN  anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Prestariang Sdn. Bhd. selepas mengekalkan peratusan tertinggi selama dua tahun berturut turut.

    UniMAP mendapat peratusan kelulusan pensijilan tertinggi sebanyak 85% untuk menewaskan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ditempat kedua dengan 78% dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tempat ketiga dengan 77%

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, kejayaan yang diraih telah membantu UniMAP melahirkan graduan yang mahir dengan teknologi selaras dengan objektif utama penganjuran iaitu melahirkan peserta yang celik IT.

    “Matlamat asal UniMAP menyertai program ini adalah untuk menyokong insiatif Kementerian untuk melahirkan graduan yang berfikiran kritis dalam menganalisa sumber maklumat yang diperoleh, dan kejayaan yang diraih ini merupakan satu bonus bagi kami sebagai universiti muda,” ujar beliau.

  • Perasmian Festival Konvokesyen Kali Ke-9 UniMAP Meriah!

    Kangar, 24 Sep – Festival konvokesyen (Festkon) ke sembilan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

    Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah agar mahasiswa kini  perlu peka terhadap isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan mahasiswa dan masyarakat di luar kampus selain perlu berfikir secara berhemah serta rasional supaya tahu bagaimana cara untuk menyuarakan pandangan.

    “Sebagai mahasiswa, anda perlu lebih aktif dalam menyuarakan pelbagai idea bernas, serta inovasi baharu ke arah pembangunan negeri, negara, bangsa dan agama tanpa mengenal erti putus asa,” titah baginda.

    Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP. Hadir sama Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Bin Man dan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

    Festkon ke 9 yang dianjurkan sempena Istiadat Konvokesyen akan berlangsung selama seminggu bermula 23 hingga 28 September 2014 di Dataran Boulevard, Kampus Tetap UniMAP, Pauh Putra.

    Pelbagai program akan dianjurkan sempena Festkon 9 antaranya pesta buku, pameran kereta, kempen empat hari menderma darah, paintball, pencarian bakat, Forum bicara cinta anak muda, expo MAHA 2014, clash of the band, pertandingan teh tarik, pertandingan memasak serta banyak lagi.

  • Pelancaran Perkhidmatan Bergerak Skuad HEPA

    Kangar 6 September - Bagi memastikan semua pelajar mendapat perkhidmatan yang baik dan lancar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) telah melancarkan  perkhidmatan  bergerak skuad HEPA. Perkhidmatan ini disediakan adalah untuk memudahkan pelajar membuat urusan tanpa perlu datang ke pejabat HEPA yang berada jauh dari lokasi pelajar.  Pelancaran Skuad HEPA ini telah dirasmikan oleh   Naib Canselor Briged. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin di dewan 2020 bersempena Minggu Suaikenal Pelajar ambilan Ijazah Sidang Akademik 2014/2015. Majlis Perasmian  turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni  Prof. Madya Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan  Prof. Madya Razli Ahmad Dekan Jabatan  Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

    Skuad HEPA akan membuka kaunter di empat lokasi utama untuk membantu  mempermudahkan pelajar mendapatkan maklumat dan membuat  sebarang urusan seperti, kebajikan, pinjaman, semakan program wajib, bimbingan untuk menjalankan program/aktiviti dan lain-lain perkhidmatan. Pada peringkat awal, skuad HEPA akan membuka kaunter pada setiap hari selasa dan khamis dan diadakan 2 sesi pada hari tersebut iaitu sesi pagi dan sesi petang.

    Perkhidmatan Skuad HEPA ini  dilengkapi dengan kemudahan Wifi , Whatsapp dan talian hotline bagi memudahkan  pelajar membuat sebarang pertanyaan dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa dengan lebih cepat dan tepat.

    "TNC HEPA berharap ia dapat memberi kemudahan kepada semua pelajar UniMAP dalam mendapatkan informasi terkini di mana-mana lokasi tanpa perlu datang ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Kuala Perlis.

     

  • STAF HEPA & UKR MUNCUL NAIB JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG P.RAMLEE

    Kuala Lumpur, 3 September – Dua staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharumkan nama Perlis dan universiti apabila berjaya muncul Naib Juara Pertandingan Akhir Bintang P. Ramlee Peringkat Semenanjung yang berlangsung di Angkasapuri di sini.

    Dengan kemenangan itu, Artis Budaya di Unit Kebudayaan dan Rekriasi (UKR) UniMAP, Syamsyuhaida Sabri yang berpasangan dengan Pegawai Tadbir di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Azfar Don Zulkamal Azmi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.

    Johan pertandingan Bintang P.Ramlee yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 menjadi milik pasangan dari Melaka, Muhammad Radhi Abdul Rahman dan Syai Maa Salleh manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasangan dari Johor Mohd. Faizal Abdul Rahim dan Norhasima Kadir yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

    Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhayati Ismail.

    Penerbit Eksekutif Pertandingan, Zainal Abidin Abdul Rahman berkata empat pasangan pemenang utama akan mewakili Semenanjung ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan yang dijadualkan diadakan di Kuching, Sarawak pada 12 Oktober nanti.

    Pertandingan edisi ke-10 yang diadakan setiap dua tahun sekali sejak 1993 merupakan anjuran bersama kerajaan negeri Sarawak dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Ia bertujuan merangsang minat masyarakat terhadap khazanah kesenian negara dalam bidang nyanyian selain memperingati seniman agung Allahyarham Tan Sri Dr P.Ramlee.

     

     

     

  • UniMAP Terima Pelajar Baru Diploma

    PAUH PUTRA: Seramai 321 pelajar baru Diploma Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi Sidang Akademik 2014/2015 mendaftarkan diri di Kompleks Kuliah, Kampus Pauh Putra, di sini Ahad lalu.

  • International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX 2014)

    Kangar, 8 April - Sebanyak 20 buah  negara akan berkampung di Perlis hujung minggu ini sempena International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i-ENVEX 2014) yang akan berlangsung di Dewan Peperiksaan, Kampus Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

  • Pelajar UniMAP Terima Baucer Buku 1 Malaysia (2)

    Kangar, 5 Mac – Seramai 9,690 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini layak menerima Baucar  Buku 1 Malaysia (BB1M) melibatkan peruntukan sebanyak RM2,425,000.00.

    Majlis simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniMAP, Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin sempena perjumpaan minggu di kampus Kubang Gajah.

    Prof Dr Kamarudin berkata, pemberian baucar buku ini diberikan kepada semua pelajar Diploma,Ijazah,Master dan PHD yang berkelayakan.

    “Setiap pelajar layak untuk menerima RM 250 seorang dan proses agihan akan dilaksanakan oleh pusat-pusat pengajian bermula hari ini.

    Saya berharap anak-anak didik saya akan bijak dalam menggunakan baucar buku ini kerana pemberian BB1M adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian,”katanya.

    Menurut beliau lagi inisiatif seperti ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

     

     

     

  • Majlis Perasmian Program Inovasi Sosial 1Malaysia

    KUALA SELANGOR, 7 Feb - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) agar menjadikan diri mereka sebagai agen perubahan dalam membantu merealisasikan impian negara.Baginda bertitah pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki mahasiswa boleh dikongsi dengan masyarakat setempat sekaligus mampu mencorak mereka ke arah masa hadapan yang lebih baik.

    Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah demikian selepas merasmikan program Inovasi Sosial 1Malaysia (InoS1M) kali ke-7, di Dewan Besar Umno di sini Jumaat yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Pusat-Pusat Pengajian.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Irmohizam Ibrahim dan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.Program tersebut membabitkan lebih 80 mahasiswa yang akan berhimpun di 24 kampung seluruh kawasan Parlimen Kuala Selangor bagi menyertai program yang akan berlangsung selama tiga hari.

    Baginda bertitah program anjuran UniMAP itu merupakan usaha bersepadu dan merupakan platform kepada mahasiswa dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
    "Sesungguhnya, langkah untuk mendekatkan pihak universiti dengan masyarakat ini merupakan sebahagian daripada proses bagi melengkapkan para mahasiswa untuk menjadi modal insan berkualiti dan mahu berbakti suatu hari kelak," titah baginda.Tuanku Syed Faizuddin turut berharap mahasiswa yang menyertai program itu akan menyebarkan maklumat mengenai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh universiti terutamanya dalam bidang pembangunan serta kemajuan sains dan teknologi."Ini akan memupuk minat anggota masyarakat untuk memahami, menghayati serta membudayakan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian mereka," titah baginda.

    Dalam pada itu, Dr. Kamarudin berkat, program InoS1M kali ini adalah berbeza dari penganjuran tahun-tahun lalu apabila UniMAP memilih untuk menjalankannya di 10 buah negeri membabitkan 12 kawasan Parlimen.
    “Jika sebelum ini, program InoS1M hanya diadakan di kampung-kampung sekitar negeri Perlis, kali ini ianya dikembangkan ke seluruh negara dengan harapan ia  bakal menjadi nilai tambah utama kepada kehidupan masyarakat meliputi pelbagai aspek seperti teknologi, keusahawanan dan penjagaan alam sekitar.“Tema program yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Towards Nature.  Melalui tema ini UniMAP dengan kekuatan seramai hampir 3,200 orang pelajar akan bergerak membawa misi melestarikan alam sekitar serta budaya cintakan alam sekitar kepada semua golongan dan lapisan masyarakat di seluruh negara,” ujarnya lagi.