Friday, 17 November 2017
A+ R A-

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan meningkatkan kualiti pengurusan, tadbir urus dan perkhidmatan melalui:

1.       Proses permohonan yang berkaitan dengan Aktiviti Pelajar;

          a. Menyemak dan memproses Borang Permohonan Aktiviti Pelajar berserta Kertas Kerja Program yang diterima dalam tempoh :

                         I. Tiga Puluh (30) hari bekerja sebelum penganjuran program bagi peringkat dalaman universiti
                         2. 
Empat Belas (14) hari bekerja sebelum penganjuran program bagi peringkat dalam Negara
                         3. Seratus Lapan Puluh (180) hari atau Enam (6) bulan hari bekerja sebelum penganjuran                                program bagi peringkat Luar Negara 

          b. Menerima dan memproses tempahan penggunaan Prasarana, Logistik dan Peralatan :
                         1. Permohonan : Empat Belas (14) hari bekerja

2.       Proses permohonan berkaitan dengan Pinjaman dan Kebajikan Pelajar;

                         1. Menerima dan menguruskan penghantaran dokumen yang diterima daripada Pelajar kepada Agensi/Penaja yang berkenaan dalam tempoh Tiga (3) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
                         2. Menyemak dan menguruskan penghantaran dokumen permohonan berkaitan kebajikan pelajar seperti Surat Jaminan Pelajar (GL) diterima dan diproses serta-merta pada sepanjang hari bekerja.Bagi GL yang diminta ketika hari cuti, akan diproses pada hari pertama bekerja.
                         3. Menerima dan menguruskan penghantaran dokumen seperti Khairat Kematian, Tuntutan Insurans kepada pihak berkenaan dalam tempoh Tiga (3) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
                         4. Memaparkan keputusan permohonan mana-mana Tabung Kebajikan UniMAP di dalam Portal Pelajar dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

 3.       Semakan dan memberikan maklum balas mengenai kehadiran pelajar dalam Program Teras Universiti (Pillars) dalam tempoh Lima (5) hari bekerja.

 4.       Maklum balas terhadap sebarang aduan yang diterima dalam tempoh Tujuh (7) hari bekerja.

 5.       Perkhidmatan Kaunter yang cekap dan efisien dengan melayan dan memberikan perkhidmatan kepada pelajar dalam tempoh kurang dari Lima (5) minit selepas tiba di kaunter.

Latar Belakang Unit Pembangunan Alumni

Unit Alumni di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UniMAP telah ditubuhkan sekitar penghujung 2006. Pada awal penubuhan unit ini telah disekalikan dengan Unit Debat dengan pelantikan Pn Sayang Nurshahrizleen Ramlan sebagai Pegawai Tadbir pertama yang ditugaskan untuk menerajui unit ini. Kemudian unit ini telah disekalikan dengan Unit Sukarelawan dan ditadbir pula oleh En Azfardon Zulkamal Azmi pada 1 Jun 2011 dan kemudiannya diteruskan dengan pelantikan En Ahmad Mu’adz Nazari sebagai Pegawai tadbir bagi unit ini pada 1 Mac 2015.

Bermula pada 1 Jun 2015 pula, Dr. Ummi Naiemah Saraih telahpun dilantik sebagai Timbalan Dekan (Pembangunan Alumni) manakala En. Nurakmal Ramli pula telah diberi kepercayaan untuk membantu pelaksanaan tadbir urus sebagai Pegawai Tadbir bagi melicinkan proses perancangan dan pengurusan melibatkan Unit Pembangunan Alumni di Jabatan HEPA UniMAP.

UniMAP telah mula melahirkan seramai 111 alumni sulung sempena Istiadat Konvokesyen Pertama UniMAP yang diadakan pada 2006. Di peringkat Sarjana Muda, seramai 59 alumni telah berjaya dilahirkan dari PPK Mikroelektronik dan seramai 48 alumni pula merupakan produk pertama yang dihasilkan oleh PPK Komputer & Perhubungan. Di peringkat Sarjana pula, 4 orang alumni telah berjaya dilahirkan dari PPK Mikroelektronik, PPK Komputer & Perhubungan, PPK Mekatronik dan PPK Bahan, yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 111 alumni dari kohort pertama dari UniMAP. Kini bilangan alumni UniMAP telahpun melebihi 12,000 orang sempena Istiadat Konvokesyen ke-10 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 September 2015.

Persatuan Alumni UniMAP juga telah semakin bergerak aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti bersama bagi membantu mahasiswa dan bakal graduan di samping mengukuhkan hubungan antara alumni dengan pihak universiti. Kini, Presiden Persatuan Alumni UniMAP, En Syed Akmal Syed Jamalil bersama-sama Unit Pembangunan Alumni di Jabatan HEPA semakin rancak menyusun strategi dalam meningkatkan perasaan ‘sense of belonging’ di kalangan alumni dan bakal-bakal alumni yang masih berada di universiti.

Dihasratkan agar peranan alumni dapat mula ditanamkan di kalangan mahasiswa sejak awal kemasukan mereka ke UniMAP. Ini adalah antara inisiatif awal bagi memastikan pembudayaan alumni akan sentiasa berterusan dan dapat berperanan dengan lebih efektif. Pembudayaan alumni dan penganjurkan aktiviti-aktiviti yang memberi impak yang dilaksanakan secara berterusan diharapkan dapat memupuk semangat cintakan ‘alma mater’ kepada Universiti. Di samping itu, pengukuhan semangat sayang akan Universiti di kalangan alumni dalam usaha untuk mengekalkan jaringan yang mantap antara alumni dan pihak Universiti disasarkan akan dapat dipertingkatkan.

 

 

 

Penafian

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web yang tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. UniMAP berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni  tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni  tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat dari laman ini.

Hakcipta

Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta JHEPA kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada JHEPA.

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.